Terkejut mama J bila-bila orang mula 'menyebar' menghantar klip video melalui aplikasi Whatsapp fenomena ini.
Mula-mulanya, ingatkan 'hoax' terus mama J delete sebab takut kehabisan data plan sia-sia. Rupa-rupanya betul, bila suratkhabar dan berita pun menyiarkannya.
Astaghfirullah, kuasa Allah jua. Semoga kita diberi petunjuk, pengetahuan cara-cara nak mengendalikannya.
Semoga Allah kasihani hamba-hambaNya…
Kisah ribut dan puting beliung ini turut melanda bekas sekolah mama J dulu, Kolej Tunku Kurshiah pada 16/10/2014. Ribut melanda kampus Bandar Enstek, Nilai. Mereka baru sahaja berpindah ke lokasi ini tahun 2013.
Kasihan sungguh mama J mendengarnya bila dapat berita dari group Whatsapp mama J, Syukur Alhamdulillah tiada kemalangan atau kecederaan yang berlaku. Cuma kerosakan harta benda sahaja.
Senarai kerosakan :
- Bumbung koperasi
- Bilik Latihan Wind Orchestra (rosak teruk)
Semoga adik-adik anak-anak (ehh pangkat anak dah), warden dan pekerja Kolej Tunku Kurshiah diperlihara dari apa-apa musibah. Kejadian ini juga mengingatkan kita supaya ikhlas dan tulus dalam menyiapkan bangunan (ditujukan pada kontraktor), jangan kerana hendak untung lebih, barang-barang seperti campuran pasir, batu bata atau simen dikurangkan dan tidak mengikut spesifikasi. Jika ia berlaku dan ada kehilangan nyawa, tidakkah kita berasa bersalah seumur hidup ? Mesti ia akan menghantui…sesalan seumur hidup jawabnya.
Yang tak ada rasa bersalah apa-apa tu, tak taulah nak cakap. Hati hitam kot….