Kisah ‘korban’ di abad ini 2012.
2:57 AM
Kisah menarik yg didengar di corong Radio Era, pada pagi
Rabu, 25 Okt 2012.
Kisah seorang gadis yang membuat panggilan ke Radio Era dan
menceritakan kisah beliau yang pada pendapatnya adalah satu pengorbanan besar
buat dirinya tapi pada akhirnya adalah satu pengakhiran yang sangat manis.
Maaf, saya tidak dapat menangkap nama gadis tersebut kerana
deejay-deejaynya terlebih riuh bila
mendengar kisah gadis tersebut.
Kisahnya begini, gadis tersebut pada umur 17 tahun telah
mendapat keputusan SPM yang amat cemerlang iaitu 8A tapi disebabkan keluarganya
tidak mempunyai kemampuan, tidak dapat meneruskan pelajaran. Beliau
dinasihatkan berkorban pelajaran demi adik2xnya yang lain.
Beliau telah ditunangkan dengan anak kawan baik ibunya dan
dijadualkan bernikah bila-bila masa saja. Nak dijadikan cerita, pada saat-saat
akhir beliau akan dinikahkan tawaran melanjutkan pelajaran ke institute pengajian
tinggi dari Mara diterima. Dan beliau membuat keputusan yang sehabis nekad
iaitu melarikan diri pada malam yang beliau sepatutnya dinikahkan.
Ibunya terpaksa menanggung malu dan enggan bercakap dengan
beliau.
Ditakdirkan beliau belajar bersungguh-sungguh dan mendapat
keputusan yang cemerlang dan menanggung pelajaran 3 adik2x nya lain. Ibu beliau
pula menghidap sakit buah pinggang yang kronik dan terpaksa dibuang. Gadis ini
juga telah mengorbankan salah sebuah buah pinggangnya untuk ibu tercinta.
Sungguh banyak kisah dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh
gadis tabah ini. Sampaikan deejay2x Johan, Hanif dan Ray pun bertempik ‘Bestla
kisah you, boleh difilemkan’. Gadis tersebut meneruskan kisah beliau lagi.
Kemuncak penceritaan beliau ialah beliau akan melangsungkan
perkahwinan dengan pemuda pilihan ibunya juga pada Ahad, 27/10/2012 ini. Pemuda
yang dimaksudkan adalah pemuda yang sama dipilih oleh ibunya dulu. Deejay Johan
berteriak lagi ‘Haaaaa!’ Wow dia tak kawin lagi ker?!
Lelaki itu telah berkahwin dan ditakdirkan telah menjadi
duda. ‘So sekarang jadilah saya ibu segera kerana dia mempunyai seorang anak
lelaki hasil perkahwinan yang terdahulu. Tapi saya dapat menunaikan hajat ibu
saya yang menginginkan saya berkahwin dengan lelaki pilihannya. Saya rela diri saya dikorbankan.'
Sungguh besar pengorbanan gadis ini dan saya pun berkata2x
didalam hati. Wow! Sungguh besar pengorbanan dia ni, kalau aku sanggupkah?!
Dari suaranya dapat sekali dirasakan yang beliau berasa puas dapat mencapai
cita-citanya dan dapat memenuhi hajat ibunya.
Sekian. Semoga dapat dijadikan pengajaran dan iktibar buat
semua.
0 comments