7:29 PM

KENAPA KITA PERLU MENGAJAR BAYI KITA MATEMATIK SEAWAL MUNGKIN ?
(terjemahan dari BrillKids.com dan juga pendapat penulis sendiri sedikit sebanyak)

Matematik adalah "jantung" kepada kehidupan seharian kita. Samada anak kita selesa dengan subjeck Matematik bukanlah sesuatu yang patut kita biarkan begitu sahaja. Bukanlah bermaksud yang kita nak latih anak kita menjadi seorang ahli matematik, ahli fixik atau engineer - tetapi kalau kita mengajar anak kita Matematik, kita akan menolong meningkatkan keupayaan dia kebarangkalian untuk itu terjadi.
Apa yang dimaksudkan adalah ini semua terletak pada bahu ibu bapa untuk mengembangkan keupayaan anak-anak kita dengan pengaruh yang positif terhadap ilmu 'matematik'.
Memang agak terlambat untuk sebahagian daripada kita untuk menjadi pandai dalam Matematik ini. Saya sendiri pun begitu semasa di peringkat SPM dan Universiti. Asyik2x dapat 'C' atau 'D'. Susah sangat nak faham matematik ni. Lebih2x lagi matematik di peringkat 'U' ni. Ntah apa2x ntah........

Tetapi dengan anak2x kita yang masih setahun jagung, kebolehan mereka untuk menyerap ilmu adalah teramat mudah seperti 'sponge' lantas Matematik bagi mereka adalah 'kacang' sahaja.

Yang dimaksudkan 'Matematik' ada dalam kehidupan seharian kita ialah :-
- bagaimana manusia boleh terbang ke bulan dan kembali ke bumi ?
- bagaimana sebuah jambatan boleh sentiasa stabil ?
- bagaimana sistem pemanas atau pendingin udara tahu bila hendak berhenti dan mula semula ?

Kesemua perkara di atas amat bergantung kepada ilmu matematik.

You Might Also Like

0 comments