Kisah ‘korban’ di abad ini 2012.

2:57 AM


Kisah menarik yg didengar di corong Radio Era, pada pagi Rabu, 25 Okt 2012.

Kisah seorang gadis yang membuat panggilan ke Radio Era dan menceritakan kisah beliau yang pada pendapatnya adalah satu pengorbanan besar buat dirinya tapi pada akhirnya adalah satu pengakhiran yang sangat manis.

Maaf, saya tidak dapat menangkap nama gadis tersebut kerana deejay-deejaynya  terlebih riuh bila mendengar kisah gadis tersebut.

Kisahnya begini, gadis tersebut pada umur 17 tahun telah mendapat keputusan SPM yang amat cemerlang iaitu 8A tapi disebabkan keluarganya tidak mempunyai kemampuan, tidak dapat meneruskan pelajaran. Beliau dinasihatkan berkorban pelajaran demi adik2xnya yang lain.

Beliau telah ditunangkan dengan anak kawan baik ibunya dan dijadualkan bernikah bila-bila masa saja. Nak dijadikan cerita, pada saat-saat akhir beliau akan dinikahkan tawaran melanjutkan pelajaran ke institute pengajian tinggi dari Mara diterima. Dan beliau membuat keputusan yang sehabis nekad iaitu melarikan diri pada malam yang beliau sepatutnya dinikahkan.

Ibunya terpaksa menanggung malu dan enggan bercakap dengan beliau.

Ditakdirkan beliau belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang dan menanggung pelajaran 3 adik2x nya lain. Ibu beliau pula menghidap sakit buah pinggang yang kronik dan terpaksa dibuang. Gadis ini juga telah mengorbankan salah sebuah buah pinggangnya untuk ibu tercinta.

Sungguh banyak kisah dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh gadis tabah ini. Sampaikan deejay2x Johan, Hanif dan Ray pun bertempik ‘Bestla kisah you, boleh difilemkan’. Gadis tersebut meneruskan kisah beliau lagi.

 

Kemuncak penceritaan beliau ialah beliau akan melangsungkan perkahwinan dengan pemuda pilihan ibunya juga pada Ahad, 27/10/2012 ini. Pemuda yang dimaksudkan adalah pemuda yang sama dipilih oleh ibunya dulu. Deejay Johan berteriak lagi ‘Haaaaa!’ Wow dia tak kawin lagi ker?!

Lelaki itu telah berkahwin dan ditakdirkan telah menjadi duda. ‘So sekarang jadilah saya ibu segera kerana dia mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan yang terdahulu. Tapi saya dapat menunaikan hajat ibu saya yang menginginkan saya berkahwin dengan lelaki pilihannya. Saya rela diri saya dikorbankan.'

 
Gambar dari blog : imnahenterprise.blogspot.com 
p/s gambar pelamin di atas tiada kena mengena dengan cerita di atas. Saja share sebab lawa and sweet sangat!
Sungguh besar pengorbanan gadis ini dan saya pun berkata2x didalam hati. Wow! Sungguh besar pengorbanan dia ni, kalau aku sanggupkah?! Dari suaranya dapat sekali dirasakan yang beliau berasa puas dapat mencapai cita-citanya dan dapat memenuhi hajat ibunya.

Sekian. Semoga dapat dijadikan pengajaran dan iktibar buat semua.

You Might Also Like

0 comments