Penderaan di Taska Melati, Wangsa Maju

12:47 AM

Dera budak di Taska Melati
Kita dikejutkan sekali lagi dengan pendedahan klip video mengenai penderaan kanak-kanak jagaan di Taska Melati. Diberitakan, taska ini terletak di area Wangsa Maju dan beroperasi tanpa lesen. Aduhaiiiii ....
berani betul yea..

Salah seorang bapa kanak-kanak terfikir idea untuk meletakkan kamera tersembunyi dalam beg anaknya dan ini telah mendapatkan bukti agar pengasuh tersebut boleh didakwa.
Kanak-kanak malang tersebut selalu menangis bila hendak di hantar ke taska tersebut setiap pagi dan telah berlaku selama 4 bulan. Ya Allah...lamanya

Kasihan sungguh melihat dan dapat dirasakan kanak-kanak berada dalam keadaan ketakutan sewaktu mereka beratur menunggu untuk dipakaikan pampers. Ada yang di tampar walau tak berbuat apa-apa pun sewaktu dipakaikan pampers tu. Kalau tamparan yang agak kuat di telinga, tidakkah boleh menganggu pendengaran kanak-kanak yang masik kecil itu ??
Apa kaedah pakai pampers berdiri...aduuh!!!!

Apa yang saya dapat dirumuskan sendiri melihat klip vide tersebut, kanak-kanak akan :

a. tercalar emosinya. Sentiasa takut, tidak yakin dengan diri sendiri
b. kanak-kanak yang begini akan cenderung berbuat serupa bila mereka dewasa nanti
c. kanak-kanak akan cenderung sakit sebab emosi mereka telah disakiti...

Nasihat ikhlas saya pada ibu bapa di luar sana :-

a. kaji kewangan keluarga kalau boleh, ibu jaga anak sendiri lebih baik. Buat pendapatan sampingan di rumah untuk membantu keluarga anda. Sentiasa berdoa keselamatan, kesihatan dan kewangan keluarga. Insya Allah kita niat yang betul.

b. Kalau terpaksa juga, survey dulu taska pastikan yang berlesen. Pastikan kanak-kanak yang dijaganya tidak terlalu ramai.

c. Semasa menghantar atau mengambil anak2x, turun dari kereta dan hantar sampai ke muka pintu. Dengan cara ini, mata/telinga anda boleh meninjau, melihat keadaan sekeliling.

d. Ambil nombor telefon ibu bapa yang lain dan selalu bertukar2x cerita atau pendapat dengan ibu bapa yang lain.

You Might Also Like

0 comments