Kelas Jahitan Percuma anjuran Masjid Al Quddus (Taman Pinggiran Putra)

2:00 PM

As salam warahmatullahi wabarakatuh,

Hari ni tarikh 8 Oktober 2017 bersamaan hari Ahad, sis telah mengikuti kursus jahitan percuma anjuran Masjid Al Quddus, Taman Pinggiran Putra. Terletak di belakang Maulana Bistro dan dalam kawasan taman perumahan. Ada sekuriti guard yang mengawal haluan masuk ke kawasan ini.



Ini adalah kelas ke-2 yang berjaya dianjurkan dan kedatangan kali ini adalah seramai 6 orang tidak termasuk guru dan AJK (Kak Sabariah).
Kelas pertama, peserta2x telah belajar cara-cara melakar pola blouse dimana sis tak dapat hadir kerana anak kecil demam.


Gambar diatas ini telah dikongsi oleh peserta melakar pola blouse dalam aplikasi Whatsapp group kami. Terima kasih sis Ir Dr Hannarieta.

Untuk kelas kali ini, peserta-peserta dikehendaki membawa sendiri : 

1. Kain masing-masing (4m)
2. Tali pengukur
3. Penanda Kain
4. Gunting
5. Pembaris
6. Buku nota dan sebagainya

Untuk kain, sis telah membeli kain dibawah kod 701 (2 meter) dan 702 (2 meter) dimana perancangan asalnya ialah untuk membuat gaun anak. Kain ini ialah material heavy dull satin dan berharga rm19 semeter. Sis beli online melalui Rini Dull Satin.



Istimewanya kelas kali ini, guru kami mengajar Baju Kurung Pesak terus gunting di atas kain tanpa perlu memola...he he he. Terrer ke tak ?!

So, silakan layan gambar-gambar kami ni..
Barang-barang yang diperlukan (abaikan kaki yang debab itu)

Rajah asas baju kurung pesak

Sibuk memasing menggunting kain....

Kain sis yang telah digunting bersama pesaknya...

Selepas solat Asar, kami berhenti sejenak untuk menikmati minuman ringan teh 'O' dan pisang goreng cicah sambal cili. Marvelous..lapar selepas belajar
Kelas dihentikan kerana waktu telah pun 6.30petang (sedar tak sedar).
Untuk kerja rumah sebelum kelas yang akan datang, peserta-peserta dikehendaki membuat leher siap tampal atas kertas gam, memotong kain, menjahit tepi semua potongan-potongan kain.

Kami akan hadir lagi ke kelas yang seterusnya dimana kami akan diajar mencantum dan menjahit baju, menjahit kain teknik susun dan menjahit zip.
Makanya, peralatan yang perlu dibawa untuk kelas seterusnya adalah :-

1. Guntingan kain-kain yang telah dijahit tepi
2. Zip
3. Benang mengikut warna tanah kain
4. Mesin jahit portable
5. Wayar extension.

Sis berasa sangat bersemangat untuk menyiapkan tugasan kerana jika ia berjaya sis akan menjahit sendiri baju raya 2018 nanti untuk 2 anak sis dan 2 anak saudara sis nanti. In sha Allah

Sehingga update untuk kelas yang seterusnya......bye!

You Might Also Like

0 comments